Sunday, June 29, 2008

Kelebihan Melabur Dalam Syarikat Unit Amanah

KEPELBAGAIAN

Pelabur dalam Syarikat Unit Amanah boleh mendapat kepelbagaian yang lebih luas dengan modal mereka kerana portfolio SUA biasanya dilaburkan dalam pelbagai jenis sekuriti (20-100 kaunter dalam ekuiti SUA)>Jika pelabur melaburkan semua modalnya dalam kaunter tunggal,dia mungkin kerugian semua modalnya jika syarikat itu dibubarkan.Ekuiti SUA menyebarkan risiko kerugian modal pelabur dengan memegang portfolio bebarapa kaunter.Portfolio sedemikian dijangka kurang mengalami turun naik berbanding portfolio satu atau dua kaunter sahaja.dengan kata mudah,ia mengurangkan risiko.

pelaburan beberapa SUA juga boleh dipelbagaikan mengikut kelas aset.Selain saham,SUA boleh melabur dalam sekuriti pendapatan tetap,harta dan wag tunai.
Pelaburan ini akan memberikan ciri kestabilan dalam pasaran saham menurun,dan bole memberikan sedikit mudah tunai apabila memenuhi belian balik pemegang unit dalam SUA.

Pelabur kecil mendapati sukar untuk mencapai kepelbagaian yang setara dalam potfolio pelaburan mereka kerana modal mereka terhad.Selain itu,mereka mungkin tidak dapat mengakses maklumat terkini yang diperlukan untuk membuat keputusan npelaburan berdasarkan fakta berhubung dengan kepelbagaian.Pelaburan dalam SUA memberi mereka kepelbagaian secara automatik dengan hanya jumlah modal yang kecil.

No comments: