Sunday, June 29, 2008

Potensi Risiko Pasaran Pelaburan


SEmua jenis pelaburan mempunyai tahap risiko yang boleh dikurangkan melalui kepelbagaian portfolio pelaburan.Tabung unit amanah mempermudahkan proses kepelbagaian kerana ia menyediakan saluran kepada pelabur untuk mengumpulkan simpanan mereka bagi membeli portfolio pelaburan yang pelbagai.

Peranan pengurus pelaburan dalam Syarikat Unit Amanah berteraskan Syariah adalah untuk memilih aset yang akan meminimumkan risiko sebanyakyang mungkin dan pada masa yang sama berusaha untuk mencapai objektif tabung.Terdapat berbagai-bagai jenis risiko yang boleh memberikan kesan kepada pelaburan dan sama seperti tabung konvensional,risiko ini akan memberikan kesan sama ada kepada tabung berteraskan syariah ataupun sebaliknya.

Risiko ini termasuklah :

- Pulangan tidak terjamin
- Risiko pengurus/pengurusan
- Risiko pembiayaan/pinjaman/meminjam
- Risiko ketakpatuhan
- Risiko mata wang
- Risiko negara
- Risiko pasaran
- Risiko mudah tunai
- Risiko kredit/mungkir
- Risiko inflasi
- Risiko kadar faedah

No comments: